Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

27.5.11

Kronologi Penindasan Terhadap 6 Mahasiswa Insaniah!(..habislah MB Kedah...)


1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari.Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad(Presiden MPM),dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.

3 APRIL 2011 : Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari

: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang,berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah Kuliah Quran.Kata
sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM,Rektor dan Menteri Besar.Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri
Besar enggan bertemu MPM.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz

5 APRIL 2011 : Apabila diteliti segala sumber,surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran.Oleh itu,Pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Quran menghantar surat penafian pada laporan pertama yang beliau beri pada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf

: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan buku
mappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa,namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal,berlaku sedikit ketegangan apabila pihak
HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN

6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad ,Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.

7 APRIL 2011 : Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti.Dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.

21 APRIL 2011 : Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Dip Tahfiz dipindah kepada Yayasan Islam kedah (YIKED) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal.
: usaha-usaha MPM dan ITQAN untuk menyelamatkan Diploma Tahfiz daripada dikeluarkan dari Insaniah digencarkan

23 APRIL 2011 : 6 Mahasiswa kita,Faiz Arsyad,Aiman Razab,ZukhiLatif,Ahmad Remy,Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi,mengeluarkan kenyataan akhbar,dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).

30 APRIL 2011 : MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN

2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz

11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP,telah menghantar surat bantahan terhadap surat HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta' HEP pertama tidak sah!
15 MEI 2011 : 'Surat Cinta' iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.

18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

25 MEI 2011 : Perbicaraan Terhadap 6 mahasiswa yang di dakwa telah berlangsung.Dan diputuskan 5 daripada mereka di gantung pengajian dan 1 orang didenda
Mohd Faiz Bin Mohd Arshad : Di gantung 2 sem pengajian
Mohd Aiman Bin Che Ab Razab : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Zukhilatif Bin Marzukhi : Surat amaran dan di gantung 1 sem pengajian
Mohd Azlan Mat Zain : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Ahmad Remi Bin Md Arof : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin : Surat Amaran dan denda RM100

atas tuduhan-menyertai demonstrasi,memberikan ucapan dihadapan orang rami menggunakan pembesar suara (speaker corner),dan merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam.

Akhirnya Demokrasi kampus telah dicabuli,suara-suara mahasiswa telah disekat..sahabat-sahabat kita dikenakan tindakan kerana mempertahankan hak anda mahasiswa,apa tindakan anda? hanya sekadar memerhati!!

25.5.11

CAYALAH MUBARAK...ANDA BERJAYA MEMBUAT ONAR SEKETIKA...!


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.

“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.

“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.

“Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya,” katanya.

Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok.

Pada sidang media itu juga, Abdul Aziz berkata konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh diperkuatkan sekiranya Umno dan PAS bekerjasama.

“Soal Melayu itu tunggal, kekuatan orang Melayu dan 1 Malaysia tidak boleh diperkuatkan jika orang Melayu berpecah.

“Jadi kekuatan 1 Malaysia itu bergantung kepada kekuatan satu Melayu, 1 Malaysia adalah satu Melayu dan ia boleh dijayakan sekiranya orang Melayu ini bergabung,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada Barisan Nasional (BN) akan kembali memperoleh kemenangan dua pertiga dalam Parlimen, Abdul Aziz berkata berdasarkan transformasi yang dilakukan Najib, ia boleh.

“Berasaskan kepada transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, BN boleh (mencapai kemenangan dua pertiga).

“Kalau kita lihat ia ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil yang mana pengundi-pengundi muda, pengundi Cina, pengundi India sudah kembali selepas pilihan raya umum 2008,” katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, kemenangan itu tidak seharus diletakkan di atas bahu Najib tetapi keseluruhan parti komponen BN.

“Tapi untuk meraih sokongan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada Datuk Seri Najib sahaja, beliau ada populariti tapi apa yang diperlukan adalah populariti calon-calon yang akan bertanding.

“Selain itu, MCA, Gerakan dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk menjelaskan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib, ini bukan kerja beliau seorang... ini kerja semua parti komponen BN. Transformasi yang dilakukan ini sudah dapat diterima, komponen parti BN juga perlu ada transformasi dan ia perlu dilakukan dengan segera,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan kemenangan dua pertiga BN dalam Parlimen selain berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Namun pada 16 pilihan raya kecil yang diadakan, BN dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi lapan kemenangan. -TMI

komen CP :

memang kalau di lihat, permainan dan gendang yang di palu oleh MUBARAK seakan-akan mengena 'mangsa' dan keadaan. Setakat 'penerbangan' saya ke alam 'fantasi' blog, mendapati ramai sudah bloggers PR yang 'menari-nari' paluan gendang MUBARAK.

kesian Ustaz Nasha..

kesian TITM..

tak pasal-pasal di jadikan 'bola tanggung' oleh MUBARAK..yang peliknya, boleh pula bloggers yang mengaku ahli dan penyokong PAS, masuk perangkap dan meng 'smash' 'bola tanggung' tersebut..percaya pula mereka akan kata-kata MUBARAK ni yer..

adat dalam berperang, perkara mudah untuk mengkucar-kacirkan pihak lawan adalah dengan mengkucar-kacirkan 'kepercayaan' sesama mereka.

Last-last.......'KEDEBA BOMMM BIIII....'

20.5.11

GEMPAR : KUCING 'DAJJAL' MUNCUL DULU DI SABAH??


PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.


Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.


“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.


Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

8.5.11

ANDAI SEORANG IBU DI ANGGAP 'SAMPAH' DI MATA ANAK..

gambar hiasan

Tergamak halau emak guna duit arwah bapa

KUALA LUMPUR: Ketika ramai anak memikirkan hadiah sesuai untuk diberikan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu, Ahad ini, seorang wanita pula ‘berendam’ dengan air mata selepas dihalau anak tunggal yang berang kerana ibu terbabit dikatakan menggunakan wang di dalam akaun arwah bapa tanpa pengetahuannya.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan bulan lalu, wanita malang berusia 61 tahun itu terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya akibat anak lelaki tunggalnya yang berusia lingkungan 30 tahun tidak lagi mempedulikannya sejak bapa meninggal dunia pada Oktober lalu akibat serangan jantung.

Penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin (gambar) berkata, berikutan pengeluaran yang dibuat warga emas itu anaknya tergamak menghalau wanita itu dari rumahnya di Shah Alam kerana berpendapat duit akaun itu wang pusaka dan dia sebagai anak lelaki tunggal mempunyai bahagian paling banyak.

Katanya, anak terbabit menuduh ibunya memakan duit haram, malah akibat marah mereka sering bertengkar dan keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri si anak masuk campur serta menyebelahi suaminya.

Berikutan itu katanya, akibat terlalu marah, anak menghalau ibu keluar dari rumahnya April lalu dan walaupun ibu enggan tapi terpaksa mengalah kerana rumah terbabit dipindah milik nama anak pada 2008. Ariffin berkata, sehingga kini, kes pusaka itu belum boleh dimulakan kerana banyak dokumen peribadi milik arwah suami wanita itu berada di rumah berkenaan manakala anak enggan bekerjasama dengan ibunya malah melarang wanita itu memasuki kediamannya.

“Hari ini ibu malang itu terpaksa menumpang di rumah adiknya. Kes ini bermula semasa hidup, bapanya membeli sebuah rumah banglo di Shah Alam dan memindah milik rumah itu dari namanya kepada nama anak lelaki pada 2008 atas dasar kasih sayang. “Ketika pindah milik dibuat, perjanjian lisan antara mereka ialah anak akan menjaga kebajikan dan memelihara ibunya sekiranya dia meninggal dunia. “Bagaimanapun selepas bapa meninggal dunia Oktober lalu, anak mula mengabaikan ibu dan meninggalkannya dengan pembantu rumah ketika dia bersama isteri bercuti, malah tidak mempedulikan ibunya walaupun sakit menyebabkan wanita itu terpaksa guna wang dari akaun bersama dengan arwah suaminya untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya sebelum dihalau,” katanya. -HM

Camar Putih : Hati saya cukup tersentuh apabila membaca cerita sebegini..apakah anak-anak sebegini tidak tahu,kelak mereka akan di balas sebegini rupa apabila mereka sudah tua nanti??..benar kata-kata keramat orang lama,..'seorang Ibu mampu menjaga 10 orang anaknya tanpa jemu dan mengeluh..namun 10 orang anak, masih belum terjamin untuk menjaga seorang Ibu yang tua..'

Sayangilah Ibu anda kerana dialah satu-satunya 'PERMATA' kurniaan Allah yang tiada dua hingga tamatnya dunia ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...