Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

30.4.10

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno-Tangkap Dia!!

oleh : Herman Samsudeen

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.





“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Berikan Jawapan Kepada Anak Muda..

Sebagai rakyat Malaysia, anak muda dan tentu sekali pengikut Muhammad s.a.w, merasakan gundah gulana terhadap pelbagai isu yang melanda nagara yang tercinta. Ibarat percayakan dan ‘thiqah’ terhadap ayah dan ibu sebagai tempat berlindung yang paling kukuh, tetapi akhirnya di khianati.

Luluh benar hati, jiwa dan perasaan..

Saya yakin, anak muda mana yang tidak kacau fikirannya mengenangkan tinggalan yang bakal di warisi kelak. Belum selesai isu gejala sosial yang paling teruk, timbul pulak isu yang lain. Benar ia merupakan latihan fizikal, mental dan sebagainya kepada golongan yang akan datang. Namun latihan tersebut tidak seimbang dengan motivasi positif yang ada di Negara tercinta.

Berapa kerat dan bilangan sahaja unsur positif andai mahu di bandingkan dengan negatifnya. Tiap hari warta menyiarkan ‘tarbiyyah negatif’. Membina jiwa takut dan gerun kepada manusia. Manusia yang lari benar dari landasan manusiawi dan ukhrawi.

Bicara saya tentu sahaja kepada mereka yang percaya wujudnya satu zat yang bernama Allah. Yang Maha Melihat dan Mengetahui biarpun ia di tempat gelap, di atas batu yang hitam warnanya, segalanya di atas landasan pengetahuan yang Maha Agung Kuasanya.

Biarlah biacara ringkas saya ini saya tujukan kepada semua pihak. Agar adil di lihat dan di nilai. Bermula setinggi pimpinan Negara, ahli politik, ahli agama, ahli akademik dan serendah ‘kasta’ yang wujud di Malaysia.

Apakah Negara kita bakal mewarisi system masyarakat di Eropah yang kian runtuh nilai dan moralnya akibat dari pertelingkahan politik sempit yang di amalkan disana. Kesannya remaja hidup teramat bebas, jenayah tiap saat dan waktu berlaku seolah tiada lagi istilah yang bernama undang-undang untuk menyekat.

Apakah Negara kita juga bakal mewarisi ketakutan rakyat Palestin yang hari-hari hidupnya di cambahkan dengan nilai takut dan gerun terhadap Negara sendiri?! Mata yang terjaga, telinga yang mendengar, hati dan jiwa yang berperasaan tiap hari merayu agar menyatakan bahawa mereka bukanlah rakyat yang merempat. Kesannya, mereka hampa kerana hakikatnya, Negara mereka sudah terkepung oleh musuh Islam lama dahulu..

Saya akui, masih damai negaraku dari citra yang pelbagai itu. Namun apakah damai itu yang menyesatkan kita dari terus berada dalam lingkungan kelalaian. Damai itu yang membuatkan saat dan waktu mencipta suram dan gelap di Malaysia..

Anak yang tidak berdosa, sampah sarap ibu bapanya..

Harga nyawa ibarat nyamuk yang menggigit..

Muhammad alaf baru tidak lagi mengenal Muhammad alaf jahiliyyah..

Lelaki dan perempuan itu, kawan baik mereka bernama ranjang..

Seribu bicara tentang masyarakat, tidak akan habis mahu di senaraikan negatifnya berbanding hanya puluhan positif yang wujud.

Anak muda di perantauan gusar terhadap negaranya..Gusar mengenangkan generasi seterusnya yang bakal hidup di tanah yang dahulunya pernah di jajah oleh ‘kafir’, lantas tinggalannya kekal sehingga kini.

Buat mereka yang sepatutnya, apakah Islam itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang terbuku??

Apakah dengan menyebut Islam sahaja, ia terus berpaksi kepad parti politik??

Apakah lembaran undang-undang Islam sudah kehabisan modal untuk menyelesaikan segalanya??

Apakah modal di dalam Islam itu pernah di laksanakan??

Dan apakah kalimah bernama Islam itu di kenali??

Anak muda di perantauan mahukan jawapan…

28.4.10

HARAPAN PADA BAHU KHALID SAMAD?


oleh : Penembak Babi

Salam YB,

Kalau nak disenaraikan sebab-sebab kemenagan BN, memang tak akan habis dan boleh jadi hikayat 1,001 malam.

Faktor-faktor besar seperti penggunaan jentera rasmi kerajaan pusat sudah jadi macam benda biasa. Itu hal lain..

Tapi, pada saya. Sebenarnya kita masih mempunyai kekuatan tenaga yang cukup hebat. Saya percaya dan semua orang tahu, tenaga anak-anak muda kita sebenarnya kuat!

Kita telah mensia-siakan tenaga anak-anak muda ini dengan mencipta polemik-polemik merugikan parti. Mencipta perkara-perkara yang telah memecah belahkan sesama kita.

Ruang cyber adalah antara 'jalan' yang mudah untuk membentuk dan 'mendoktrin'kan minda anak-anak muda ini. Namun, kelemahan ketara adalah, ruang ini diserabutkan dengan polemik yang bukan-bukan. Ia amat merugikan pakatan!

Sebarang ketidakpastian, sepatutnya diperterang dan dipermudahkan sesama kita. Bukan diserba-sulitkan dengan pelbagai perasaan prejudis sesama sendiri. Contohnya, Isu UG dan pelbagai isu perpaduanG yang telah lama selesai, tapi dimainkan balik oleh pihak musuh dan dicucuk jarum oleh anak-anak muda kita sendiri.

Timbul pelbagai persepsi negatif terhadap pimpinan Pas sendiri, walaupun ia jelas tidak lebih hanya tanggapan yang tidak betul dari sumber yang tidak sahih!

YB,

Saya nampak YB juga masih 'young' and 'vibrant', dan jugak 'vocal' dalam parlimen. Maka saya rasakan YB sebenarnya adalah orang yang amat layak agar mengarahkan anak-anak muda seperti Zainul Faqar, Wan Ji, Zulkifly Harun dan beberapa orang blogger lain, agar menumpukan kepada penerangan dan bersama dengan anak-anak muda agar bersatu, bersama-bersama dengan program Pas, walau siapapun pemimpin kita.

Nama-nama yang saya sebut di atas adalah nama yang telah dicop sebagai radikal, yang sebenarnya banyak merugikan parti kita...Mengapa merugikan? Kerana mereka sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan sesama sendiri dan menyebabkan kita kehabisan masa dan tenaga untuk menjawab kembali serangan musuh terhadap perkara yang 'ditimbul'kan.

Maka, saya suka mengharapkan agar YB mengarahkan mereka-mereka ini agar menghentikan segala kritikan terbuka dan menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap pimpinan kita, tidak kiralah ianya bernama Ust Hadi, Ust Haron Din, Ust Nasha, Ust Tuan Ibrahim, Dato Hassan, Cikgu Pa, termasuklah beberapa pimpinan Pas Terengganu.

Hormat pemimpin sebenarnya ciri-ciri asas perjuangan kita. Dan mereka ini telah di'racun' dengan pemikiran yang bersifat 'kurang ajar' kepada pemimpin yang dipilih.

Bukan kita tidak boleh menegur, tapi sebagai mereka yang mempunyai adab-adab Islam, maka Aduka dan Tulang Besi bukanlah rujukan sah kita untuk menjustifikasikan tindakan kita.

Saya sungguh-sungguh berharap agar YB mengeluarkan arahan tersebut secara tegas dan tuntas, kerana kita tidak ada masa. Ia hendaklah berlaku sekarang (serat-merta!), sama-sama bersatu dan mengempur musuh kita yang sebenar! PRU13 hanya menunggu masa sahaja...

25.4.10

SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK


Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010041705331320100417053313/Article/

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.
Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:

Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia iaitu

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

1. Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

2. salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.
Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.
Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.
Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.
Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan
7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.

4. Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.
Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka

5. Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.

Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti

Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”

Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab

6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”
(Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”

Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu serta sanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?

Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.

Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti.

KESIMPULAN


1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.

3. Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar: Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?

4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-

“Ampun Tuanku
Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.

Ampun Tuanku
Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.

Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”

5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.
Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :

من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.
(hadis riwayat ahmad)

MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

24.4.10

Mencari Spirit Yang Hilang..


Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

~kerana dirimu begitu berharga  ~

15.4.10

Cerita Jahiliyyah Dari Dataran Syam...

“….begitulah hikmahnya..antara yang lain lagi, di zaman Muhammad di utuskan kepada kaum arab ketika itu juga, mereka (arab Quraisy) berada dalam keadaan jahiliyyah yang teramat sangat..”, terang Dr Ali Fawwaz ketika saya mengajukan soalan apakah hikmah di sebalik Nabi Muhammad di utuskan kepada golongan Arab.

Dengan berpandukan rujukan kitab ‘Sirah Nabawiyyah, karangan Syeikh Dr Ramadhan al-Butti, kami di bawa oleh ulama’ terkemuka dunia ini mengimbau lembaran perjalanan seorang hamba yang mengajak ummatnya agar kembali ke pangkal cahaya.

“…pernah seorang pengkaji dari negara barat yang mengkaji islam, akhirnya di beri hidayah oleh Allah setelah sekian lama bergelumang dengan kajian yang di lakukan..kemudian, beliau pergi mengerjakan haji dan di beri kesempatan melihat keadaan orang arab yang berniaga dan hidup di sekitar masjidil haram..”

“Oleh kerana terkejut dengan sikap orang Islam ( arab ) yang berada di sekelilingnya, lantas beliau berkata : andaikata sebelum aku memeluk islam, aku melihat islam pada mereka ini, nescaya aku tidak akan menganut agama islam selama-lamanya!..”. Motivasi dan cabaran yang di olah oleh Dr Ali amat menarik sekali.

Cabaran Jahiliyyah di Dataran Syuhada’..

Petang itu, setelah pulang dari rumah Abuya dan Ibu ( panggilan anak-anak Mutah kepada Syeikhul Maqari’ Ustaz Othman Hamzah serta Isteri ), saya terus pulang ke rumah melalui jalan ‘short cut’ seperti kebiasaan. Andai pulang atau hendak ke Mu’tah, jalan itulah yang selalunya di lalui oleh saya, ahli rumah mahupun sahabat-sahabat yang ingin bertandang ke rumah yang jauh dari ufuk melayu yang lain.

“Sodiq!!..Sodiq!! ta’al!!..”

Dari kejauhan, saya melihat dua pemuda arab berlari-lari kearah saya sambil meminta saya berhenti. Oleh kerana hari masih cerah serta orang kelihatan lalu lalang dari sisi jalan raya lagi, saya berhenti kerana sangkakan mereka ingin tanyakan sesuatu.

“)*(&*^&*^T&%^%$%#$@#!##^$^%$^%^&*&.....”

Saya tidak faham apa yang mereka katakan. Melihat kawannya yang di sebelah tersenyum-senyum, tahulah saya yang mereka ingin mempermainkan saya sahaja. Dan akhirnya, mereka ‘bermain’ untuk menelefon polis ( baru mereka cakap bahasa yang saya faham ) kerana katanya saya membuat kesalahan.

Dengan membuat ‘sedikit keberanian’, saya katakan kepada mereka di persilakan. Lalu saya keluarkan handset dari poket untuk sama-sama ‘bermain acah-acah’ dengan mereka.

Mereka bertanya, siapa yang hendak saya hubungi. Saya katakan, kamu telefon polis dan saya akan telefon ‘Abu Muhammad’ ( hanya pelajar Mu’tah sahaja yang mengetahui siapa ‘mamat’ arab ni..huhu.. ) untuk datang membantu.

“Min Abu Muhammad?”( Siapa Abu Muhammad ), mereka bertanya.

“ Abu Muhammad Ghorolah, antum ta’rifuhu?” ( Abu Muhammad Ghorolah : saya hentam jer nama a’ilah dia ketika itu..huhu ), jawab saya dan saya bertanya adakah mereka kenal dia.

“Kholas kholas..ruhh..” ( cukup cukup..balik..)

Saya bernasib baik kerana mereka tidak mengapakan saya. Melihat susuk badan yang besar, perut agak ke depan ( salah seorang ) tentunya ‘habis’ kalau mereka kerjakan saya.

Saya lajukan langkah untuk terus pulang.

Malam itu, dalam sibuk saya menyemak dokumen sahabat-sahabat sebatch yang ingin memperbaharui iqomah bersama Khairullah, kami di kejutkan dengan salah seorang sahabat tahun satu di pukul oleh orang arab.

Wahh!! Makin mengganas ‘arab jahiliyyah’ ni!

Anak-anak melayu yang tiba di tempat kejadian, hanya mampu memapah sahabat itu untuk di bawa ke hospital. Salah seorang senior terus menelefon polis untuk melaporkan kejadian ‘1st’ di sini.

Sehari selepas itu, saya bersama sahabat yang lain meluangkan masa menziarahi sahabat seaqiah, Afifi di rumah beliau.

Entahlah..sedih benar mendengar beliau bercerita detik-detik cemas beliau ‘di belasah’ oleh ‘arab jahiliyyah’ itu.


Ceritanya, 3 orang pemuda arab bersama, tetapi seorang yang beraksi. Tanpa mengetahui punca, kepala dan muka beliau menjadi sasaran dahulu. Manakala tangan, sedikit retak kerana cuba mempertahankan diri.

Laptop pulak di baling sehingga tidak boleh di gunakan. Geramnya, Fifi ceritakan, dalam keadaan merangkak beliau hendak selamatkan diri untuk masuk ke dalam rumah akhawat, pemuda 'jahiliyyah' itu masih menyepaknya.

Kesakitan yang di tanggung olehnya, saya rasakan semua penduduk melayu di sini turut rasa sakitnya.

Hurmm…

Laporan polis sudah di buat. Begitu juga kepada Malaysian Student Department ( MSD ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ). Hanya menunggu tindakan susulan sahaja.

Cerita Itu Ada Hikmahnya..


Ada seorang sahabat berkongsi nasihat melalui meseg ‘YM’. Katanya, biarlah hikmah ini di ambil berat oleh akhawat ( perempuan : panggilan kebiasaan di sini ) di Dataran Syuhada’ ini.

“……biar badan kami terkorban ( syabab ), tapi jangan kamu ( akhawat ) yang di korbankan…”

Kisah di Mesir yang di ceritakan di Info Kini juga saya rasakan perlu di ambil iktibar yang serius oleh semua golongan yang bergelar serikandi. Usahlah nanti bila dah turun hujan, baru hendak di cari payungnya. Sudah terlambat, kerana segalanya sudah basah kuyup..

Teringat iklan eksiden di dalam TV tidak lama dahulu.

“…mereka ini tak tahu yang kita ni sayang kat mereka…”

12.4.10

Mohon Bantuan Kewangan..


Mohd Zaidi Bin Mat Zaid

Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan Darul Na'im, Malaysia

-SMKA FALAHIAH

-Diploma Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat JAKIM

-Sekarang sedang belajar di Jaami'ah Iman tahun pertama dan Yamaniah(Sana'a) Yaman dalam jurusan pengajian islam di peringkat ijazah

-No.tel:+60132041372/ +967711802596/
-Email : jd_tokwoli@yahoo.com.
-Gmail : ibnuzaid359@gmail.com
- AKAUN MAYBANK: 162366943939 (MOHD ZAIDI BIN MAT ZAID)
- BSN : 0310229000040150 (MOHD ZAIDI BIN MAT ZAID)
- Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah madu asli dari Bumi Yaman,bolehlah terus berhubung dengan beliau seperti tertera di atas.

*Moga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat yang memudahkan mereka-mereka yang keluar menuntut ilmu di jalan Allah hendaknya. Segalanya, hanya Allah sahaja yang layak membayar dengan nikmat syurga yang kekal buat selamanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...