Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

19.11.09

MEMALI MENANGIS..

BY : AL-BANJARI ONLINE

Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Mereka telah membunuh:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.



18.11.09

LEPAS EXAM..RELAKS...MEH BACA CERITA UNTUK SENYUM..



Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya,
'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...




17.11.09

'PERANG MU'TAH' VERSI MODEN : MENUNGGU SEMBOYAN DI BUNYIKAN!

Hampir 2 hari pasukan tentera Bayt Dimasq berhenti berehat. Mungkin di beri peluang mengambil nafas untuk bernyawa.

Dan menyusun strategi untuk serangan balas yang lebih efisyen!

Mengimbas ‘peperangan’ yang tak di sangka berlaku, terkadang meletus lahar yang nyenyak beradu di lubuk hati dan perasaan.

Saya cuba mencari alasan, sebab dan kenapa kami sekeluarga di serang..

Seolah tidak ketemui jawapan yang rasional untuk di letakkan dalam kertas ujian pemikiran ini..

Hurmmm…

2 hari yang lepas, malam cuti kami sekeluarga di ganggu dengan dentuman bunyi yang pelik dan jelik.

Saya, Arif, Hazmi dan Hussin terdiam sebentar mencari jawapan, ‘peluru’ apakah yang diludahkan kepada Bayt Dimasyq sebentar tadi.

Seingat saya, seawal musim sejuk menjengah memberi amaran akan kedatangannya di bumi Mu’tah ini, ‘perang saudara’ yang berlaku hampir setiap hari seakan menutup tirai letusannya.
Selepas itu, mungkin karbon dioksida yang dilepaskan tidak lagi saya jangkakan berbau ‘ketupat’ dan ‘belacan’.

Jangkaan saya meleset..

Malam itu, mereka bertindak lebih berani!

Andai dulu, ‘peluru’ dan ‘bom’ yang di lepaskan adalah buatan tanah dan batu; kesannya hanyalah bunyi yang kuat sahaja.

Itupun di lepaskan dalam jarak yang jauh…Mungkin risau ‘ditawan’ oleh kami.

Wah!! Sekarang lebih berani dan advance!

‘Peluru’ dan ‘bom’ yang di ‘attack’ tepat ke Bayt Dimasyq, meninggalkan kesan yang cukup untuk membuatkan, masing-masing bertukar menjadi ‘super saiya 3’!

Lebih tak dijangkakan, ‘panglima’ mereka yang sekian lama kami ‘aim’, meng ‘sniper’ kan ‘peluru’ dan ‘bom’ mereka tepat dihadapan rumah agam Mu’tah ini!

Kelepek…..kelepek….kelepek…

“……………………………………………………………………………………..”

“Ini macam bunyi telur!”

















Malam itu, salah seorang ‘Panglima Bayt Dimasyq’ berjaya menawan seorang ahli ‘gerakan’ mereka.

Sayangnya, dia hanyalah budak hingusan.

Seperti kebiasaan peperangan yang berlaku, tentu sahaja tawanan akan menggunakan air mata sebagai ubat belas ihsan yang paling berkesan.

Nasib baik jiwa Islam + ‘melayu’ masih menebal…ish..ish..kalau tidak..

“ tak pe, kita hantar utusan dulu, kalau utusan kita syahid, kita isytihar ‘perang Mu’tah’ sebab diorang telah melanggar perjanjian 1948”.

Seperti lazimnya, Adi akan mengeluarkan kenyataan ini bilamana kami di serang.

Tapi yang pastinya, Bayt Dimasyq masih tidak kehilangan panglima perangnya lagi.

Tentu sekali Topek yang akan mengepalai seawalnya.

Andai dia ‘gugur’, Hamzah dan Afiq masih tegar untuk mengambil tempat.

Menunggu semboyan ‘Perang Mu’tah Versi Moden’ di bunyikan.

Kami yang lain tentu sahaja berpasak di kawasan yang telah ditentukan.

Andai hari seterusnya, mereka kembali mulakan ‘serangan’, nantikan strategi yang akan memakan dan mengcekup mereka.

“Call Abu Muhammad, bagitahu kita dah dapat kapten mereka!”

Saya nantikan hari tersebut…hehehe..

15.11.09

'..anDai aKu daPat seLami hAti seOranG muAlaf..'


Saya merasakan menjadi kebiasaan sahabat-sahabat yang online YM akan meletakkan status mereka dengan pelbagai keadaan.

Samaada yang berbentuk cerita.

Tazkirah.

Peringatan tentang program..

Persoalan..contohnya “kawan-kawan yang tahu akan hukum begini begini,sila buzz saya ye!”

Menggambarkan keletihan..

Mahupun yang meluahkan perasaan.. seperti…

“Tuhan, jaga dia untukku…”

Yang kelakarnya, apabila wujud individu yang amat memberi perhatian akan status kawan mereka, kita akan dapati jawapan balas dalam status YM mereka seperti begini..

“Tuhan, kalau ‘tutt tutt’ tak nak jaga dia, bagilah aku jaga dia..”

Atau…

“Tuhan,jaga dia sekarang,musim sejuk,jaga aku pulak..”

Huhuhu..

Saya juga tidak terlepas untuk sentiasa membaca status YM sahabat-sahabat apabila setiap kali online.

Sekadar mengetahui perkembangan terkini mereka.

Seketika waktu dulu, saya tertarik dengan status salah seorang sahabat yang juga ahli rumah saya.

Kalau nak diikutkan, beliau memang gemar meletakkan status yang kelakar dan pelbagai versi.

Namun hari itu, saya cukup tertarik dengan status beliau yang menyimpan seribu satu persoalan dan harapan.

‘ Andai aku dapat selami hati seorang mu’alaf’…

Mereka ‘saudara baru’..jiwa mereka sekental Bilal bin Rabah..

“ Afiq, kenapa nta letak status YM nta macam tu?”.

Menjadi kebiasaan kepada saya untuk bertanya kepada sesiapa jua yang meletakkan status YM yang menarik perhatian.

Sambil tersenyum dan buat-buat terkejut beliau hanya mengatakan..

“ Saja..”

Saya mendesak Afiq untuk menceritakan apa yang terselit di sebalik status YM nya yang cukup menarik dan ‘boom’ itu.

Kerna saya yakin ada cerita di sebalik status YMnya..

Akhirnya beliau memulakan cerita dengan mengatakan bahawa beliau cukup tersentuh dengan cerita yang beliau dengari seusai tamat mesyuarat MPPMJ.

Beliau menceritakan, ada seorang akhwat mu’alaf yang sedang bersama-sama menuntut ilmu di dataran Syam ini.


Yang menjadikannya tersentuh adalah cerita silam di sebalik ketabahan akhwat itu dalam mencari nur Islam dan menggenggamnya.

Akhwat itu ketika bergelumang dengan kegelapan ‘agama terdahulu’, bukanlah calang-calang orangnya.

Kerana kehebatan dan keteguhannya pada ‘agama gelap’ tersebut, dia di tawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Vantican City.

Namun hidayah Allah, tiada siapa pun yang mampu untuk menghalang dan meramalkannya.

Beliau kembali ‘lahir’ dan kembali kepada fitrah yang suci lagi bersih..

Cerita disebalik selepas beliau menjadi ‘Srikandi Islam’ dan mempertahan serta melalui kehidupan selepas itu tidak pulak Afiq ketahui.

Tetapi saya yakin, plot serta jalan ceritanya hampir sama dengan mana-mana saudara baru yang baru ‘dilahirkan’.

Teringat saya akan cerita Ustaz Othman Abdullah (kalau tak salah saya, namanya begitu) Mantan Ketua Paderi Malaysia dahulu.

Bagaimana nyawa beliau hampir melayang di hujung dan bilahan tajam parang ayahnya.

Dan beliau menjalani kehidupan dalam ancaman. Nyawa menjadi taruhan andai ‘rahsia besar’ serta kelemahan agama lama di bocorkan kepada umum.

Masakan tidak, Ketua Paderi di Vantican City hampir kelu kerana tidak mampu menjawab persoalan yang dilontarkan oleh beliau dalam membandingkan kebenaran agama Islam dan Kristian.

Seperit Ustaz Othman Abdullah melalui kehidupan beliau sama jugalah peritnya Ustaz Farid Ravi menghadapinya.

Kagumnya saya pada mereka adalah kental dan kuatnya kepercayaan mereka.

Sekental dan setabah sirah menunjukkan Bilal mempertahankan agamanya walau hampir nyawanya dilucutkan.

Benar akan status YM Afiq.

Andai kita dapat selami hati dan perasaan mereka, tentu sahaja iman dan kekuatan kita melebihi mereka.

Masakan tidak, lahirnya kita ke dunia, Islam sudah tersandar dan tersangkut di badan kita.

Sayangnya..Islam itu kerap kali tercicir di jalanan..

Berbeza dengan ‘saudara baru’.

Mereka lalui kehidupan permulaan dengan penuh kegelapan. Pastinya Nur yang mereka temui selepas itu, tidak mereka lepaskan kembali.

Moga Allah sentiasa memelihara mereka….dan kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...